KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH
Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan kita, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Diantara kata-kata appresiasi para sahabat ialah:
> Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
> Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan
Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
> Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona, Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
> Wajahnya seperti bulan purnama, Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
> Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang, Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
> Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
> Mulut baginda sederhana luas dan cantik, Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
> Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya, Janggutnya penuh dan tebal menawan, Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
> Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya, Rambutnya sedikit ikal dan tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi dan terbelah di tengah.
> Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat, Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa dan Seimbang antara kedua bahunya.
> Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
> Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan tapi sehat. Kulitnya putih lagi bercahaya.
> Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh, Badannya tidak gemuk dan Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
> Perutnya tidak buncit, Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
> Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
> Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
MORAL & IKTIBAR
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah. Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani. Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini. Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum. Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
Wallahuallam.
Friday, July 10, 2009
PERIBADI LAHIRIAH PEMIMPIN AGUNG SEPANJANG ZAMAN
Wednesday, June 10, 2009
SIRI FADHILAT : FADHILAT AYAT QURSI
Untuk amalan kita semua.....Ayat Qursi, yang merupakan salah satu amalan harian Umat Islam. Sesungguhnya, banyak fadhilat Ayat Qursi untuk kita semua.
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
* Sabda baginda lagi; " Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allahmemeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azzawa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
> dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...." <

