Thursday, April 30, 2009

'10 Tabiat yang boleh merosakkan Otak'




Otak, satu organ penting dalam tubuh badan manusia…
Kenapa?? Sebab kat sini la tempat kita berfikir..lau xberfikir, maka bukanla namanya manusia..
Betul x?

Merintis perbualan harian yang mungkin berlaku dimana mana shj..

“woi xda otak ka?”

tempik si fulan kepada seseorang, member la kot, lau orang yang x kenal nati takut berlaku perkara 18SG plak (xbek marah2, fikir dulu sebelum berucap, kan ada otak,…bersabarlah, sesungguhnya sabar itu separuh dari iman)
Jadi, betul ke ada orang dah xda otak?
Dan mungkin juga apa yang di ‘state’kan di atas yang si fulan ni maybe marahkan member dia ni....atau mungkin orang yang membuat si fulan berkata begitu dah rosak otaknya dan membuat sesuatu yang menimbulkan amarah si fulan ni..ermmm sama kita fikirkan.

tapi itulah perbualan yang biasa kita dengar, jadi nak di ‘highlight’ kat sini…apa tabiat tabiat yang boleh merosakkan otak , yang istimewanya dijadikan Yang Maha Agung untuk kita berfikir, membezakan kita dari makhluk lain ciptaanNya.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Oleh itu, jagai lah otak kita ni supaya xrosak dan merosakkan kehidupan kita. Renungkanlah bersama InsyAllah

“Islam adalah agama yang menyayangi, maka sayangilah”

0 Comments: