Thursday, April 30, 2009

'Sekilas Ingatan Pada Yang Telah Pergi'


Ku rasa kan pemergian yang pertama

"Bang, ayah letih" beritahu 'pak da' pada abah tika kami adik beradik sedang bersiap2 untuk ke sekolah rendah Dewan Besar,terletak lebih kurang 3 kilo dari rumah, lebih kurang 10 tahun dulu. Seperti kebiasaan, aku mengayuh basikal sedang dua lagi adikku dihantar abah. tapi pagiitu xseperti biasa, juga sejak beberapa hari lalu bila 'tok' kurang sihat. kalu tidak, kami, cucu2 kesayangannya mesti tidak lekang dari tegahan beliau kerana 'tok' sememangnya orang yang tegas...lau ada silap, tunggu je 'kena' ngan 'tok'..huhu

"xpela, nati aku pegi tgk" balas abah. Sememangnya, kami yang msh kebudak budakan xmegerti apa yang terjadi, tapi yang hanya tahu keseronokan yang ingin dibuat, pergi ke sekolah tanpa memikirkan apa yang akan berlaku hari tu.

Balik dari sekolah, sempat juga aku menjenguk keaadaaan atuk, yang hanya terlantar sakit, diurut2 oleh 'mok' nenek dan 'mek' mak saudara ku. saudara2 dan keluarga terdekat juga ada bersama2, yang sememangnya rumah kami berdekatan antara satu sama lain. rumah atok adalah bersebelah saja dari rumahku, yang didirikan sendiri oleh abah dan rakan2 terdekat beliau. rumah tu juga baru diduduki kami sekeluarga lebih kurang setahun lbh setelah persaraan abah, dan berpindah dari Pahang.

'Letih' atuk tengahari tu makin jadi2 dan merisaukan semua.

walau begitu, kami budak2 pada masa itu masih xmengerti dan rasa itu adalah kebiasaan. walaupun semua sibuk dan risau tentang kesihatan atok. aku serta abang long ada agenda kami tersendiri. Aku, tanpa rasa apa apa (huhu) merancang untuk pegi ke sekolah kerana ada latihan bola sepak manakala abang ingin pergi ke rumah kawannya. dengan motor abah, kami pergi, dan aku bermain tanpa risaukan apa apapun.

setelah habis bermain, yang waktu itu lebih kurang pukul 6,.aku menunggu abang long dan balik ke rumah. petang yang mulai ke senja kelihatan betul2 suram waktu itu. "lambat betul abe nih" rintihku. jam 6lebih baru kami pulang dan betul2 terpinga2 dengan kelibat orang ramai di rumah. dengan keaadaan masih bingung,. abah yang kelihatn begitu marah dengan kami mengatakan yang atuk dah pergi. aku, sesungguhnya merasa begitu terkilu dan rasa amat bersalah kerana tiada di rumah pada ketika itu. walaupun nak marah abah juga sedih degan sikap kami...dan aku yang xpernah meratapi pemergiaan orang kesayangan xmeyangka kehilangaan pertama buatku adalah begini huhu

Ya Allah semoga Kau ampuni dosa ku ini dulu dan semoga roh atok dicucuri rahmatMu..


Atuk belah mak jua pergi tanpa ku disisi..

Form 4,2003..masa menunjukan hampir jam 11 menunjukan masa prep malam hampir habis, pelajar berpusu pusu keluar menuju ke dewan makan untuk minum malam. tak kurang juga yang masih tiggal di kelas, mungikn masih nak kemas brang, xhabis stady lagi ke ape ke (ikut diorang la)..manakala aku berada di bilik perpustakaan bahasa Inggeris (ada meeting kot, xingat)..turun sedikit lewat dari biasa.

perjalanan terhenti di tangga bila ada junior memberitau yang ada saudara aku datang dan nak jumpa..
terdetik di hati..pehal ada orang datang mlm2 ni sambil hati tertanya2 mungkin ada sesuatu yang berlaku di rumah..

"owh 'ayah' (pakcik), ada apa datang ni?"tanya aku.

"Pis,tok mek dah xda dah.."balas 'ayah'.

innalillah...x ku sangka atuk sebelah mak juga dah xda..sedangkan aku masih di asrama. juga, masa blk cuti minggu yang lepas, tok msh lagi sht dan ceria bila aku datang ke rumahnya yang hanya selang beberapa rumah dari rumah ku.

dengan hati yang pilu, aku bergegas blk ke dorm dan kemas apa yang patut sambil 'ayah' jumpa warden bertugas dan minta cuti.

sampai saja di rumah..walaupun sudah lewat malam, masih ada lagi sanak saudara di rumah atuk, membaca Yasin untuk Allahyarham. dengan langkah perlahan, aku menemui arwah tok yang terbujur kaku dilitupi kain batik. ku ambil Yasin dan di perdengarkan kepada nya,

Ya Allah, moga rohnya jua dicucuri rahmatMu dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

pemergian 'mok' yang amat menyayangi cucu cucunya

Allahyarhamah 'mok' ialah nenek aku sebelah abah yang tiggal bersebelahan rumah di kampung. setelah pemergian dahulu atok, 'mok' tiggal bersama 'pak su'. pemergiannya pabila aku masih lagi bercuti cukup hiba. beliau menghembuskan nafas terakhir di awal pagi setelah beberapa lama menderita sakit tua. hiba jua rasa di hati bila xdapat jg berada di sisi 'mok' dan ku hanya mampu menyedekahkan doa agar beliau juga ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Amin.


Di hari ini, aku sgt bersyukur kerana masih lagi punya satu nenek yang juga begitu menyayangi cucunya dan diharap aku masih tetap dapat bertemu dengan beliau walaupun aku jauh merantau.

bersyukurlah kita dengan apa yang ada, dengan orang yang sentiasa menyayangi kita, walaupun dimana kita berada, ingatlah dan sentiasa doakan mereka supaya hanya berIMAN kepadaNya.

"Islam adalah agama yang menyayangi, maka sayangi lah"

0 Comments: