Monday, August 24, 2009

RAMADHAN KE 22

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah
Hari ni genap msk hari ke 4 bagi Muslim semua berpuasa, dlm bulan yang penuh barkat, Bulan Ramadhan Al-Mubarrak. Bagi penulis..Ramadhan tahun ni merupakan tahun ke 22 Ramadhan yang penulis hadapi..semenjak dilahirkan dari alam rahim ibu. Dan ini juga tidak di nafikan sudah 22 tahun penulis diberikan nikmat yang cukup besar iaitu nikmat hidup..dan masih di berikan nikmat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Dan insyaallah moga Ramadhan ini menjadi satu titik perubahan dlm hidup penulis supaya lebih mendambakan syurga NYA, lebih memperbanykkan ibadah..dan tingkatkan IMAN, AMAL, IHSAN dan hindari dari melakukan dosa. Di samping menyeru diri penulis sendiri, penulis juga suka memperingatkan pengunjung laman penulis yg x seberapa ni.
Amin.
Sempena Ramadhan juga, br penulis tergerak hati untuk meng'update' post terbaru..
Insyaalah, masih diberi nikmat hidup dan nikmat sihat dan juga nikmat masa lapang...di kala dunia fana dilanda bermacam2 masalah2, penyakit2, Islam ditindas dan di selewengkan..
Sementara menunggu waktu sahur ini,(n nak tgk liverpool lawan) juga malam ni genap seminggu dah penulis xdpt tido mlm..xtau pe pasal ntah..suka penulis berkongsi serba sedikit tentang apa kelebihannya Bulan Ramadhan Al-Mubarak neh..
Bukan sedikit sebanyak sebenarnya..tapi memang byk kelebihan Ramadhan ni..amat3 rugila bagi mereka yang tidak mengambil peluang ni untuk memperbanyak kan amal mereka dan masih d takuk lama..contohnya yang masih menghidap penyakit MG24JSH (bak kata penulis okazky) dan sebagainya. bukan nak kata penulis ni alim, tapi sebenarnya ingin sama2 mengajak semua 'together2' melakukan amal.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
Secebis Hadis2 sohih yang diriwayat di atas sudah cukup menerangkan betapa agungnya bulan Ramadhan dan begitu byk amalan yang dapat dipaktikkan..terutamanya TERAWIH tu sendiri..
Antara kelebihan-kelebihan nya..
  • Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  • Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  • Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  • Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  • Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah.
  • Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  • Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  • Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  • Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Subhanallah..
Apa yang penulis coretkan disini hanya secebis dari nikmat dan kelebihan yang Allah 'offer'kan pada kita..moga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang bermakna buat diri penulis, pengunjung blog, sahabat2, dan seluruh umau ISLAM.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, PENUHINYA DENGAN IMAN, AMAL DAN IHSAN..INSYAALAH

0 Comments: