Sunday, August 2, 2009

Secebis Mutakhir Alam Fana

Terkejut, jua tergamam..
seiring menulis blog ni..penulis sebenarnya baru ja buka salah satu web akhbar online femes di malaysia..bertujuan nak tau perkembangan semasa (nak beli paper xleh,kena jimat)

Dlm ruangan mutakhir, penulis dengan reaksi terkejut dan terus 'berisghtifar' (betul ka eja ni..huu..) kerna ada lg kes 'buang bayi' dilaporkan..

Astargfirullahalhazim...

'
Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam mangkuk tandas sebuah sekolah di salah satu daerah di Malaysia pagi tadi.

Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat dan lengkap bertali pusat itu ditemui seorang guru wanita dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya terbenam dalam lubang mangkuk tandas terbabit kira-kira jam 8 pagi.'

...........

Disamping 2...kes kematian H1N1 di Malaysia kini meningkat kepada 6 kes..di mana yang terbaru melibatkan kanak2 11tahun
yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan disahkan meninggal dunia pagi ini.

" Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada Rabu lalu dengan simptom demam selama sehari.

"Tiada simptom batuk dan tanda-tanda gangguan pernafasan lain. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 30 Julai (Khamis)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Dr Mohd Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan menghidap jangkitan virus H1N1 pada jam 11 pagi semalam.

"Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi, 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya. - Bernama
"

sumber Berita Harian

'p/s: Ya Allah ampunkan ku, kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat2ku dan seluruh umat Islam'

"LIVES NOT ONLY TO GO ON, BUT CHERISH IT WITH IMAN, AMAL, N IHSAN WILL U"

0 Comments: