Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah
Penulis masih dipinjamkan nyawa oleh yang Maha Pemberi Nyawa..satu nikmat agung, selain diberikan juga nikmat sihat..tapi masih dalam sedar atau xsedar xputus2 melakukan dosa dan hanya sedikit meramal kepadaNYA.
Kini hampir seminggu Ramadhan berlalu..di kala dunia dilanda bermacam2 tragedi samada kita sedar atau x sedar,yang kita kisah atau x, yang kita peduli atau x..di mana yang jelasnya dunia hampir pada akhir2 nyawanya.
Teringat penulis tentang satu ungkapan ataupun isi kandungan tazkirah ringkas yang disampaikan, kelmarin, di kala Solat Sunat Terawih. Point utama adalah mengenai Umat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu umat akhir zaman (sape lagi kalau bukan kita).Point-pointnye:
- Umat-umat terdahulu, diberikan tempoh oleh Yang Maha Esa selama lebih kurang 1500 tahun sebelum dilenyapkan(kaji sendirla ye).
- Ikut takwim hijrah..sekarang dah 1430 hijriah.
- Jika tempoh masa utuk umat akhir zaman ni 1500 tahun juga..apa pandangan anda?
- Lau tengok keadaan dunia hari ini..banyak tanda2 kecil kiamat makin jelas kelihatan
Mahmudah vs Mazmumah
Mahmudah, atau lebih dikenali dengan dengan sifat2 terpuji dalam aspek Islam..manakala Mazmumah pula ialah sifat yang bertentangan dengan sifat2 Mahmudah..iaitu sifat2 tercela atau buruk..(macam sebuah lagu nasyid yang pernah didendangkan oleh Hijjaz). Suka penulis untuk menenengahkan satu sifat samada sifat terpuji mahupun sifat tercela yang mungkin bersesuaian dengan Bulan Ramadhan ini.
Taubat
Firman Allah s.w.t, maksudnya:
"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih,"
(Surah al-Muzammil 73:20)
Diertikan sebagai mahu kembali daripada sikap keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Sifat taubat juga merupakan satu nikmat besar yang dikurniakan olehNya. Seringkali didengar alasan bagi mereka yang cintakan dunia..
"Aku kan muda lagi..nati dah tua nati aku bertaubatlah, skrg kita byk2 dulu wat dosa"
Ntah di mana silapnya..tapi yang pasti..ajal seseorang..yang diketegori kan sebagai qada' tetap yang tidak dapat diubah..juga sudah ditetapkan semasa kita ditiupkan roh di alam rahim lagi...Berbalik pada situasi di atas,konfemnya si fulan bahawa dia akan mati tua..lau esok dia dah ditarik nyawanya dan x sempat bertaubat, macamne? Renungkan..
Syarat2 Taubat:
- Tinggalkan maksiat/dosa yang dilakukan
- Menyesal perbuatan yang dilakukan
- berjanji tidak akan mengulanginya
- Hak2 makhluk yang dizalimi dikembalikan
- Top up perkara2 Farhdu yang ditinggalkan
Pemarah
Penulis juga nak mencoret pasal salah satu sifat tercela iaitu sifat pemarah. Bersesuaian dengan Ramadhan juga, kita digalakkan menjauhi sifat pemarah..dan byk2 bersabar kerna sifat sabar itu indah disisiNya. Dengan menjalani ibadah Puasa hendaknya dapat mengurangkan sifat pemarah dlm diri khususnya penulis dan pembaca InsyAllah. Marah juga boleh dikategori kan kepada dua sebenarnya. Marah yang mazmumah ialah marah yang bukan menyeru ke arah kebaikan atau menegah daripada kemungkaran. Pemarah ni ialah pemarah yang tercela, yang marah xtentu pasal dan tidak didasari oleh sebab2 yang benar. Sebaliknya, pemarah yang terpuji adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran seperti apabila Islam dihina.
Sekali lagi..penulis menyeru diri penulis sendiri dan pembaca supaya di Ramdahan ni dihindari dari sifat pemarah yang tercela, serta sifat mazmumah yang lain..dan senantiasa disinari dengan sifat2 mahmudah. sumber Solusi 10th edition
Wallahualam
p/s: Hurmm lame dah xmain bola petang2..sabar jerk
0 Comments:
Post a Comment