Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah
Syukur..Ramadhan masih dirasai..kan kini sampai hari ke 15.
Jenguk2 berita..kes kematian penyakit H1N1, dah mencecah 73 orang, tapi ada juga kes serupa H1N1, iaitu ILI yang hampir menyamai angka kematian terbabit..baru dikesan..bahkan..penyakit ni juga telah pun 'tranform' atau 'mutate' menjadi lebih invunerable..
,<-- more -->
Kapal selam pertama negara, KD tunku Abdul Rahman baru je tiba dari (ntah xingt)..hurmm
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa dimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah 2:183)
Salah satu objektif perpuasa, yang dapat difahami oleh penulis adalah tentang mengajar kita untuk merasai penderitaan golongan yang tidak berkemampuan dan menunujukkan kita ni sume same di sisi Yang Maha Esa, yang membezakan adalah level taqwa, bukan harta ataupun pangkat semata-mata. Tapi yang peliknya, skrg dah masuk nisfu Ramadhan tapi berlaku situasi2 macam:
- Teraweh hari satu hingga sepuluh masih tiga empat baris, kelmarin(hari 13) dah dua baris, semalam satu baris setengah, hari ni satu baris jer..hurmm
- Iftar yang disediakan (makan free) makin hari makin hari makin ramai..tapi time teraweh xde pon muka saf depan...hurmm
- Yang berkemampuan sibuk derma n wat press conference (walhal kos wat press lagi mahal dari apa yang didermakan)...hurmm
- dll
Bersangka Baik
Islam mengajar kita supaya sentiasa bersangka baik bila sesuatu tu masih belum kukuh bukti lagi, mungkin mereka2 ni bersituasi macam:
- "Xlaratla nak teraweh malam ni, tadi mkn byk sgt, air satu besen"(Sambil menuju ke katil, huargh)
- "Bukan xnak pegi...tapi esok ade midterm..xstady lg neh"(Sambil mengadap laptop, men game hurmm)
- "Jauhla surau...eh esok ada lg x buka pose kat surau tu..nati jgn lupe ajak.."
- "Perniagaan saya sekarang dah makin maju,jd sempena Ramadhan ni la nak derma...ramai gak nak tau jd watla press neh..ehh zakat fitrah? zakat perniagaan? ape tuh.."
Ini jelas dari segi definisi bahasa yang beerti menahan. Perkara dan perlakuan yang 'ditahan'(haram) semasa berpuasa hakikat bebas(halal) dilakukan jika tidak berpuasa. Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, dizahirkan hakikat puasa dalam 5 perkara:
- Penglihatan: merendahkan pandangan daripada melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati NYA.
- Lisan: lidah perlu dipelihara daripada berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
- Pendengaran: menahan pendengaran daripada mendengar perkara dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan, haram juga didengari.
- Anggota yang lain: menahan seluruh anggota badan (tangan, kaki, perut, dll) daripada melakukan maksiat (mencuri, melangkah ke tempat maksiat, makan dari hasil haram, dll)
- Hati: setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima Allah perlu menghiasi ibadah puasa.
Dunia vs Akhirat
Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya" (Surah Kahfi 18:7)
Cukup dengan ayat Al-Quran diatas dapat menyedarkan kita bahawa dunia hanya tempat atau pentas ujian olehNYA dan Akhirat itulah realiti sebenar. Bukan xnak mengulas panjang..mungkin di post2 akan datang. Cuma kesimpulannya boleh diambil dari analogi ini:
" Dunia dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia, walhal akhirat ialah lautan...Renungkan
Wallahualam
0 Comments:
Post a Comment